Wednesday, March 2, 2011

LAMARANKU KERANA ALLAH

LAMARANKU KERANA ALLAH

Puteriku....
Pertama kali ku memandang dirimu,
Hatiku bergelora dan terpesona,
Lantas di hatiku bertanya,
Siapa dirimu....
Oh indahnya yang ku rasa,
Bila terpandang wajahmu yang ceria,
Terukis manis senyuman mesara,
Tanda dirimu bukan biasa....

Puteriku....
Aku tidak tahu,
Mengapa kau begitu indah pada pandanganku,
Percayalah...
Bukan kerana wajahmu yang ayu,
Bukan kerana harta di sisimu,
Bukan kerana bijak dalam pelajaranmu,
Dan juga bukan nafsu ku turuti.


Puteriku...
Percayalah...
Indah dirimu dipandanganku
Kerana akhlakmu yang bermutu
Kerana cintamu pada yang satu
Kerana kasih ibu bapamu
Kerana taat akan agamamu

Tetapi Puteriku...
Aku takut..
Takut memulakan langkah,
Takut diriku tersalah
Takut laknat dari ALLAH,
Takut jatuh diriku terlempar ke lembah,
Kerana alpa kepada ALLAH.

Puteriku...
Pasrahku hanya pada ilahi,
Menanti takdir yang telah dijanji,
Kerana aku sedari,
Diri hanyalah abdi,
Yang terpaut cinta kerana Ilahi,
Bersemadi kasih sayang sejati.

Puteriku...
Sekarang ku yakini.
Penuh yakin dan penuh pasti,
Setelah istiqarahku sepenuh hati,
Memohon petunjuk dari Ilahi,
Ku rasakan dikau,
Kurnia ilahi...
Buat menemani perjuangan ini,
Menemani diri dikala sepi,
Menyubur kasih cinta Ilahi.

Puteriku....
Ku harapkan kau yang terbaik,
Tercipta buat diriku ini,
Sebagai isteri taat Ilahi,
Sebagai Ibu berjiwa Mithali
Buat aku dan zuriatku
Melayari hidup sebagai hamba Ilahi.

Puteriku....
Percayalah....
Lamaranku kepadamu
Hanyalah kerana ALLAH
Dan terimalah
Terimalah aku
Juga kerana ALLAH

1 comment:

  1. ku mencintaimu kerana agama yg ada padamu..
    jika kau hilang agama dripdmu maka hilanglah cintaku pdamu....kerana aku memilih cinta kerana Allah s.w.t.....

    ReplyDelete