Thursday, April 7, 2011

KU INGIN SEPERTI PEMUDA INI

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ :

"Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah.

Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

----------TAMAT------------

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?


Monday, April 4, 2011

LUKA HIRISAN PERTAMA:TIME WILL HEAL INSYAALLAH..

Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik  belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun  yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas.  Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita.  Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita..



Hurun memandang jauh ke luar jendela.  Angin petang itu sangat mendamaikan.  Sedamai hatinya kini.  Sungguh benar janji Allah, Dia tidak akan mencabut sesuatu dari kita kecuali Dia menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.  Hurun menghela nafas panjang.  Sesekali menggeleng terkenang kisah lalu.  Kisah yang tidak pernah dikisahkan kepada sesiapa, kerana itulah dirinya, seorang yang sangat suka memendam rasa hatinya sendiri.  Bertahun dia memendam kesakitan itu sendiri, tapi sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih tidak dibiarkan hambaNya bersendiri dan terus merana hanya kerana cinta tidak halal seorang insan bergelar ar-rijal.

**********************************************************************************

Hurun mengenalinya semenjak berada di tingkatan satu.  Cuma kenal begitu sahaja kerana mereka berbeza kelas.  Tidak pernah kisah akan kewujudan lelaki itu di sekolah itu kerana tumpuannya hanya satu, belajar!  Menjadi pelajar harapan sekolah dan pelajar terbaik sekolah menjadikan Hurun tidak pernah kisah tentang keadaan sekeliling.  Seorang yang pendiam, tetapi cukup celoteh bila bersama sahabat-sahabat yang rapat dengannya.

Memori lalu itu bermula saat Hurun menjejakkan kaki ke tingkatan empat di sekolah yang sama.  Waktu itu dia berada di kelas 4 sains.  Dia Khuzaimi pelajar lelaki yang agak berketrampilan, diminati beberapa pelajar perempuan sekolahnya, seorang yang agak pendiam aka serius berwajah chinese look muncul dalam hidupnya.  Siapa sangka lelaki yang serius itu tiba-tiba satu hari menyapa hurun saat hurun mahu ke perpustakaan.  Hurun, gadis yang agak "blur2" terus berlalu tanpa menghiraukan sapaan itu. Bukan mudah baginya untuk bertegur sapa dengan seorang lelaki.

Takdir menemukan lagi mereka berdua.  Mereka sama-sama menganggotai satu persatuan baru di sekolahnya.  Khuzaimi menjadi Pengerusi persatuan tersebut.  Entah bagaimana, sedikit demi sedikit hurun mula rapat dengan khuzaimi.  Mungkin kerana atas berpersatuan yang sama.  Bergerak kerja bersama menjadikan mereka menemui keserasian bersama.  Di akhir tingkatan empat khuzaimi meluahkan perasaannya pada Hurun.  Tetapi hurun tetap seorang Hurun Maqsurah,  Baginya pelajaran harus diutamakan walaupun jauh di sudut hati ada sedikit perasaan buat Khuzaimi.  SPM amat penting buat Hurun kerana itulah penentu haluannya selepas itu.  Tidak mahu menyesal di kemudian hari!

**********************************************************************************

SPM berlalu.  Hurun kembali bersama-sama keluarga tercinta.  Tanpa di sangka Khuzaimi menghubunginya semula selepas habis SPM.  Masa yang terluang hurun banyak berhubung dengan Khuzaimi.  Sedikit demi sedikit perasaan yang dulu pernah ada tumbuh kembali.  Dan khuzaimi masih juga mengharap pada dirinya.  Hurun yang meyakini agama Khuzaimi yang baik, akhirnya menerima Khuzaimi.  Bagi Hurun, lelaki itu cinta pertamanya..how childish she is....

Keputusan SPM yang agak cemerlang memenuhi impian Hurun untuk menyambung pelajaran ke matrikulasi.  dan Khuzaimi meneruskan ke tingkatan enam di sekolah lain.  Berpisah jauh bagi hurun bukan suatu masalah. Baginya kesetiaannya tidak diragui.

Terkadang sedikit kerisauan bermain di hati Hurun lantaran khabar-khabar angin yang di dengarnya melalui rakan2 berkaitan Khuzaimi yang kononnya mempunyai yang lain di sana.  Hurun menepis jauh2 syak wasangka itu, baginya dia tetap mempercayai khuzaimi...buta kah mata hati ku...

Hari demi hari berlalu, Hurun sedar akan perubahan sikap Khuzaimi.  Lelaki itu sudah jarang menghubunginya.  Jika bukan Hurun yang menghantar mesej, selama itulah dia tidak mendengar khabar khuzaimi.  Walaupun begitu kerap saja mesej Hurun tidak berbalas, ada saja alasan khuzaimi seperti sibuk dan macam2 lagi.  Hurun cuba bersabar, hanya airmata sahaja yang menemaninya saban hari.  Dia menanggung sendiri kerana tidak tahu hendak meluahkan pada siapa lantaran itu dirinya seorang yang suka memendam.  Adakalanya khuzaimi jugak bersikap kasar pada dirinya, seolah-olah pertanyaan yang diajukan oleh Hurun sesuatu yang sangat menjengkelkan hati lelaki itu.

Akhir semester di matrikulasi itu ditempuhi juga oleh Hurun dengan hati yang sabar walaupun sering bertemankan airmata.  Selesai pengajiannya di matrikulasi, Hurun kembali ke daerah tercinta.  Sepanjang cuti, dia lebih banyak melayan perasaan dan saban malam airmata bukan lagi sesuatu yang asing, tetapi keadaan dirinya pada masa itu tidak pernah disedari oleh ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya lantaran di depan mereka Hurun seperti gadis yang sentiasa gembira tanpa sebarang masalah.  Bergelak ketawa dan bergembira tetapi di sebalik semua itu ada kesakitan dan kesedihan yang cukup dalam yang tidak pernah disedari sesiapa!

Nekad tidak mahu lagi bersedih begitu, Hurun mengambil keputusan meminta penjelasan daripada Khuzaimi.  Ketika ditanya, Khuzaimi tetap saja mati2 menafikan bahawa dia mempunyai orang lain.  Menurut Khuzaimi gadis itu cuma adik angkatnya sahaja.  Saat itu Hurun cukup tahu, adik angkat hanyalah sekadar panggilan untuk menutup segalanya.  Lagi menyakitkan bila Khuzaimi terang-terangan mengatakan sayangnya dia pada adiknya itu dan memang merasa bosan pada Hurun.  Dan banyak lagi kata-kata yang cukup menghancurkan hatinya.  Ternyata khuzaimi banyak menipu dirinya.  Terasa diri dipermainkan dan di sia-siakan.

Saat menginjakkan kaki ke universiti, Hurun masih lagi bersedih.  Letih, penat, sakit, itu tidak pernah hilang, malah makin kuat.  Tambahan pula semakin mau membenci semakin kuat sayangnya pada lelaki tu.  Semakin dilupakan semakin kuat ingatannya.  ya Allah... saat itu merupakan saat paling sukar baginya.  Menjalankan kehidupan yang biasa sebagai pelajar kampus, tetapi di saat yang lain, dia masih seperti dulu, ditemani airmata setiap malamnya.

Allah tidak akan pernah membiarkan hambanya keseorangan.  Hurun masih cuba bangkit mencari dirinya yang dulu.  Hurun sedar disamping menjadi seorang daieyah dia masih lagi terperangkap dalam karat jahiliyah itu.  bagaikan tersentak, Hurun tersedar hatinya masih lagi berpenyakit walaupun dia sudah lama di jalan dakwah.  Astaghfirullah... saat itu Hurun mula muhasabah setiap langkahnya.  Jika dulu dia dan Khuzaimi merupakan aktivis dakwah, tetapi mengapa masih melanggar perintahnya? bukankah terang-terangan couple itu haram?? MasyaAllah... terasa betapa hina dan bodohnya dirinya kerana menangisi kehilangan seorang kekasih haram buat dirinya malahan terang-terangan menipu dirinya.  Betapa tidak bernilainya airmata itu di sisi Allah..

"ampunkanlah hambaMu ini ya Allah...aku khilaf ya Allah... aku lupa pada cinta sebenar yang seharusnya aku cintai dan semai"

Alhamdulillah.... segala puji bagi Allah... Bangkitnya srikandi itu semula dengan semangat yang kental.  tiada lagi cinta ar-rijal di hati.  Fokusnya kini cuma pada perjuangan islam dan studynya.  Maslahat ummah perlu diutamakan.  terasa kesal di hati kerana dulu perjuangannya dikotori dengan cinta makhluk ciptaanNya.. terasa hinanya diri...  Kini masanya lebih banyak dihabiskan untuk perjuangan... Letih tetapi cukup manis...kerana ianya jalan menggapai redhaNya.. betapa kesedihan itu telah Allah gantikan dengan kemanisan iman yang cukup bermakna, bukanlah retorik perjuangan semata-mata!

**********************************************************************************

Hurun menarik tudung di kepalanya, membetulkan sedikit lipatannya.  Sedikit airmatanya menitis.  Sedar betapa sayangnya Allah pada dirinya.  Walaupun dulu pernah "menduakan" perjuangan itu, tetapi Allah masih memberinya kesempatan untuk membersihkan segala-galanya.  ya Allah jauhilah hambaMu ini dari sifat munafik.  Di kejauhan Hurun mendoakan yang terbaik buat lelaki itu, moga Allah turut memimpinnya ke jalan yang benar.  Kini hati ini tersimpan kemas buat seorang insan yang bergelar suami.  Terima kasih ya Allah, terima kasih atas pengalaman yang cukup berharga.  Benarlah janjiNya..Dia pasti menggantikan sesuatu itu dengan yang lebih baik.  Mungkin dia bukan yang terbaik buat Hurun tetapi terbaik buat insan lain.  Kini inilah dirinya.. Hurun Maqsurah, biadadari yang terpelihara buat seorang kekasih halal yang dinanti..sayap kiri perjuangan, menanti dijemput saat tiba masanya, bukan sekarang tapi janji Allah itu pasti!

*********************************************************************************



Tinta hati Asrar : Letih..penat...sakit itu pasti berlalu...Lapangkan dada, tenangkan hati. cuba untuk berpijak di bumi yang nyata. jika kita tidak nampak apa-apa jaminan positif di masa hadapan, maka lepaskan dia pergi. past is past, gone is gone.kita hidup hari ini kerana sejarah semalam. dan untuk hidup esok hari, bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Optimislah.

Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan!Time will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya.



Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai!

Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalau nak cepat baik, letak lah ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini.. Nak sembuhkan luka dihati banyakkanlah mengingatiNya, dekatkan diri kepadaNya..Dia lah cinta teragung yang takkan kau temui rasa kecewa didalamnya tapi kau hanya akan bertemu dengan kebahagiaan dan ketenangan bersamaNya.. indah hidup bersama Ilahi.