Friday, December 21, 2012
Maaf buat kau cintaku ...
diamku ku bukan tidak ingat padamu tapi aku takut aku melakukan dosa denganmu dan kita sama2 akan mendapat dosa..kerana ku sayang padamu aku tingalkan kau buat sementara..jangan engkau risau jika Allah takdir kita adalah jodoh ..insyallah kita akan bersama2 juga satu hari nanti...
Saturday, November 3, 2012
Tuesday, August 7, 2012
BENAR KATA ORANG
Benar kata orang. Apabila cinta terhadap manusia sudah menguasai hati, kita mudah diperangkap oleh tipu daya dan muslihat syaitan untuk menyesatkan manusia. Hati yang dahulunya mengatakan "cinta kerana Allah SWT" perlahan-lahan diulit tipu daya dan muslihat syaitan.
Cinta sebelum kahwin sememangnya mampu mengundang kepada lembah penzinaan. Hati mula lalai terhadap suruhan dan perintah Allah. Perlahan-lahan hati ini ditipu oleh syaitan. Niat pada awalnya ingin membimbing seorang wanita perlahan-lahan hanyut ke lembah penzinaan.
Puas ibu menasihati agar menjaga tingkah laku dan perbuatan apabila keluar bersama teman wanita yang aku merasakan kononnya bakal menjadi menantu kepada ibu. Solat yang pada dahulunya dilakukan pada awal waktu mula berubah kepada penghujung waktu kerana leka dengan berbalas pesanan mesej ringkas. Majlis-majlis agama yang dahulunya dihadiri mula ditinggalkan kerana ingin ber-chatting dengan teman wanita di laman sosial.
Tiada lain yang difikirkan melainkan hanya teman wanita sehinggalah pada suatu tahap hati ini mula sesak dengan desakan nafsu dan dosa. Percintaan yang pada dahulunya indah mula berubah menjadi hambar. Pergaduhan kerap berlaku yang akhirnya membawa kepada perasaan cemburu yang meluap-luap.
Syaitan benar-benar telah berjaya mengambil alih hati ini untuk dikuasai. Tiada lagi ayat-ayat Al-Quran yang dahulu kerap diamalkan. Hidup menjadi tidak tenang. Terasa seperti ada dua aliran di dalam hati. Hati ini semakin sesak dan lemas dengan dosa-dosa yang dilakukan.
Biarlah aku bersendiri daripada hidup penuh dengan noda dan dosa. Tidak susah bagi aku untuk kembali kepada yang Maha Esa. Kini aku melihat kawan-kawan lain "berbahagia" bersama pasangan luar nikah masing-masing tetapi aku merasakan lebih bahagia bersama-sama dengan Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Benar kata orang. Allah knows what's best for us! Ada sebab mengapa Allah menyuruh kita menjauhi zina. Allah SWT berfirman:
"Dan
janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
(Surah al-Israa', ayat 32)
(Surah al-Israa', ayat 32)
Saturday, February 11, 2012
Takaful EtiQa Mengubah Hidup Anda Sekeluarga
kitaran anda :
bekerja -dapat gaji -belanja -simpan ..
jika berlaku perkara tidak disangka2 mampu anda semua menangung kos rawatan di hospital hingga berpuluh2 ribu di hospital ...apa yang anda rancang untuk family anda untuk masa hadapan ..di takaful etiqa kami cuba membantu anda ..kami hanya membantu anda sendiri yang menentukan..
untuk keterangan lanjut :0134329315 (En.Zubaidi)
Plan Takaful EtiQa
Assalamualaikum..kepada yang berminat untuk mengetahui dan menjadi peserta dalam etiqa takaful ...di sini kita akan ada plan perlindungan dan simpanan untuk masa depan tuan/puan ...malah untuk anak yang anda cintai..
utuk keterangan lanjut sila hubungi : 0134329315 (En.Zubaid )
utuk keterangan lanjut sila hubungi : 0134329315 (En.Zubaid )
Subscribe to:
Posts (Atom)