Saturday, May 14, 2011
Thursday, May 5, 2011
Jadilah diri mu seperti sebiji epal,
Yang manis di pandang,
Yang lembut di pegang,
Yang kena berusaha untuk di petik,
Daku mungkin bukan milikmu,
Kau juga mungkin bukan milikku,
Tapi,
Jadilah untuk diri mereka yang memerlukan mu,
Bukan senang menjadi seperti apa yang kita impi
Bukan mudah untuk memberi apa yang kita impi
Bukan mudah untuk menjadi suatu sumber inspirasi
Tapi,
Usahalah menjadi,
Bila menjadi,ia akan menjadi dan mencari,
Bukan untuk menjadi seperti Fatimah Azzahra,
Bukan juga untuk menjadi Aishah,
Dan bukan mudah untuk menjadi seperti Balqis Si Sulaiman,
Adakah cinta diri kita boleh menjadi seperti Zulaikha dan Nabi Yusuf,
Dan jangan mudah tertawan dengan sesuatu rasa,
Mungkin rasa itu boleh tertawan dan menawan,
Mungkin rasa itu boleh menawan lalu menghancurkan,
Hanya pada Dia kita memendam rasa.
Sunday, May 1, 2011
| 5:22pm May 1 |
KECUNDANG KERANA CINTA..
Astagfirullah! . Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku
tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah
tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu
semua itu. Aku sujud panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir.
Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir
sebulan aku berada dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku
sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan
dan kekecewaan. Emosiku terganggu… .. Fikiranku mengimbau peristiwa
lama itu…..
Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. “Macam mana?”
tanyanya. “Abang nak atau tidak?”. “Mestilah nak!”. “Kalau abang nak…..adalah!”. Dia mengucup
dahiku. Pelukannya erat.Aku gembira.Dia gembira.Tuhan, syukurlah atas nikmat ini.
Aku tahu dia
amat sayAng padaku. Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih
kami kepada janin dalam rahimku. Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit
peningku.Dan segala-galanya. “Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,”.
Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh,
yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir
zaman. Lalu hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik.
Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku
dengannya. Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering
melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At- Taubah, Yusuf dan
Maryam telah sebati dalam pengalamanku.
Sebelum melelapkan
mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah
gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak
balas pada kalimah tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah
melalui kesakitan antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya.
Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan
berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila
dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud
cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia
menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri
Rasullulah s.a.w. yang terunggul. Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan
suami.
Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya.
Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya.
Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima
dengan reda. Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah,
akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun
mengangkat suara pada orang tua. Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya
menyentuh hati oranglain.
Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada
suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran
ke Amerika Syarikat. Pun begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat. Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi
ikan yang tetap tawar biarpun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam.
Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh
dirantau orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak
terhingga. Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan. Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya
bila hayat berakhir nanti. Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang
ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana
perubahan itu menjurus kepada kebaikan. Seperti suamiku, aku tidak membantah. “Di sana terlalu banyak fitnah,
Ma…,” beritahunya suatu hari bila kutanya apa
yang mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara
kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan keadaanyang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti.
Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana Cuma tersenyum mendengar pertentangan- pertentangan itu. “Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya, ” Nur Amana memujukku. Dan
hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja
di sebuah syarikat di KualaLumpur.
Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa. Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku
kini.Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula
berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakapdan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku
cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan. Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana
telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam
lama. Ketika itu Nur Amana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri.
Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur
Amana sehingga timbulfitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa.
Yang pasti hatiku cukup bimbang. Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu
yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat
Maghrib berjemaahbersama. Tapi, Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu.
Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali
lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang
tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernah
mengutamakan kerja lain dari solat. Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan.
Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur,
mengisi perut yang berkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih.
Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak
pintu bilik lagi tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya
yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak.
Dia menafikan sekeras-kerasnya. Katanya itu
cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih
memelihara agamanya. Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana
untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota
Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau.Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi.
Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kami untuk
memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang
entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma
tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya.Aku menggeletar.Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu? Subhanallah!
Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan
kemelut terus berpanjangan. Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. “Saya mencintai Adam….. pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanyadan terperangkap dalam agama itu…,” dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke
pipinya. Kemarahan suamiku sampai ke puncak.Kesabaran terus
terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku.Sesungguhny a hakikat ini
terlalu pahit.Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnyakosong. Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa “Cuma setakat ini saja hubungan kita”. Nur Amana
seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku
mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari
dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama
yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat. Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan
akhirnya, ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta!
Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!! Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama
seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi.Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat
sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya. Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang. Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan. Suamiku gagal! Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami
tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18
tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan
tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah
dalam pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan
kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama
kulihat air matanya gugur. Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya.”Demi Allah! Aku bersumpah
negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang
kafir!”. Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang
telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah
sunyi seketika. Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan “Allahu Akbar” dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun airmatanya semakin lebat.
“Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!’. Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap
suamiku. Suamiku meronta- ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang
anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya
digari.Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. “Kalau jalanini yang kau pilih, teruskanlah. …. tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan
selamat!,” Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini,
suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana
menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan.
Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak.Astagfirullah . Dari tadi aku
tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat Isyak kudirikan. Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak.
Namun jauh di sudut hati. Aku terus berharap…. ., pulanglah anakku,Nur Amana!Aduhai, kisah Natrah berulang kembali….. Agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang- undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI. Sampai bila perkara ini akan berakhir…. . Betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu
masih banyak lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang mengaku dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini???? Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air
kita…..Sedarlah!!!
Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DIBUMI…….MALAYSIA khasnya….
ALLAHUAKBAR!!!

Thursday, April 7, 2011
KU INGIN SEPERTI PEMUDA INI
Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ :
"Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah.
Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?
Monday, April 4, 2011
LUKA HIRISAN PERTAMA:TIME WILL HEAL INSYAALLAH..
Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita..
Hurun memandang jauh ke luar jendela. Angin petang itu sangat mendamaikan. Sedamai hatinya kini. Sungguh benar janji Allah, Dia tidak akan mencabut sesuatu dari kita kecuali Dia menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Hurun menghela nafas panjang. Sesekali menggeleng terkenang kisah lalu. Kisah yang tidak pernah dikisahkan kepada sesiapa, kerana itulah dirinya, seorang yang sangat suka memendam rasa hatinya sendiri. Bertahun dia memendam kesakitan itu sendiri, tapi sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih tidak dibiarkan hambaNya bersendiri dan terus merana hanya kerana cinta tidak halal seorang insan bergelar ar-rijal.
**********************************************************************************
Hurun mengenalinya semenjak berada di tingkatan satu. Cuma kenal begitu sahaja kerana mereka berbeza kelas. Tidak pernah kisah akan kewujudan lelaki itu di sekolah itu kerana tumpuannya hanya satu, belajar! Menjadi pelajar harapan sekolah dan pelajar terbaik sekolah menjadikan Hurun tidak pernah kisah tentang keadaan sekeliling. Seorang yang pendiam, tetapi cukup celoteh bila bersama sahabat-sahabat yang rapat dengannya.
Memori lalu itu bermula saat Hurun menjejakkan kaki ke tingkatan empat di sekolah yang sama. Waktu itu dia berada di kelas 4 sains. Dia Khuzaimi pelajar lelaki yang agak berketrampilan, diminati beberapa pelajar perempuan sekolahnya, seorang yang agak pendiam aka serius berwajah chinese look muncul dalam hidupnya. Siapa sangka lelaki yang serius itu tiba-tiba satu hari menyapa hurun saat hurun mahu ke perpustakaan. Hurun, gadis yang agak "blur2" terus berlalu tanpa menghiraukan sapaan itu. Bukan mudah baginya untuk bertegur sapa dengan seorang lelaki.
Takdir menemukan lagi mereka berdua. Mereka sama-sama menganggotai satu persatuan baru di sekolahnya. Khuzaimi menjadi Pengerusi persatuan tersebut. Entah bagaimana, sedikit demi sedikit hurun mula rapat dengan khuzaimi. Mungkin kerana atas berpersatuan yang sama. Bergerak kerja bersama menjadikan mereka menemui keserasian bersama. Di akhir tingkatan empat khuzaimi meluahkan perasaannya pada Hurun. Tetapi hurun tetap seorang Hurun Maqsurah, Baginya pelajaran harus diutamakan walaupun jauh di sudut hati ada sedikit perasaan buat Khuzaimi. SPM amat penting buat Hurun kerana itulah penentu haluannya selepas itu. Tidak mahu menyesal di kemudian hari!
**********************************************************************************
SPM berlalu. Hurun kembali bersama-sama keluarga tercinta. Tanpa di sangka Khuzaimi menghubunginya semula selepas habis SPM. Masa yang terluang hurun banyak berhubung dengan Khuzaimi. Sedikit demi sedikit perasaan yang dulu pernah ada tumbuh kembali. Dan khuzaimi masih juga mengharap pada dirinya. Hurun yang meyakini agama Khuzaimi yang baik, akhirnya menerima Khuzaimi. Bagi Hurun, lelaki itu cinta pertamanya..how childish she is....
Keputusan SPM yang agak cemerlang memenuhi impian Hurun untuk menyambung pelajaran ke matrikulasi. dan Khuzaimi meneruskan ke tingkatan enam di sekolah lain. Berpisah jauh bagi hurun bukan suatu masalah. Baginya kesetiaannya tidak diragui.
Terkadang sedikit kerisauan bermain di hati Hurun lantaran khabar-khabar angin yang di dengarnya melalui rakan2 berkaitan Khuzaimi yang kononnya mempunyai yang lain di sana. Hurun menepis jauh2 syak wasangka itu, baginya dia tetap mempercayai khuzaimi...buta kah mata hati ku...
Hari demi hari berlalu, Hurun sedar akan perubahan sikap Khuzaimi. Lelaki itu sudah jarang menghubunginya. Jika bukan Hurun yang menghantar mesej, selama itulah dia tidak mendengar khabar khuzaimi. Walaupun begitu kerap saja mesej Hurun tidak berbalas, ada saja alasan khuzaimi seperti sibuk dan macam2 lagi. Hurun cuba bersabar, hanya airmata sahaja yang menemaninya saban hari. Dia menanggung sendiri kerana tidak tahu hendak meluahkan pada siapa lantaran itu dirinya seorang yang suka memendam. Adakalanya khuzaimi jugak bersikap kasar pada dirinya, seolah-olah pertanyaan yang diajukan oleh Hurun sesuatu yang sangat menjengkelkan hati lelaki itu.
Akhir semester di matrikulasi itu ditempuhi juga oleh Hurun dengan hati yang sabar walaupun sering bertemankan airmata. Selesai pengajiannya di matrikulasi, Hurun kembali ke daerah tercinta. Sepanjang cuti, dia lebih banyak melayan perasaan dan saban malam airmata bukan lagi sesuatu yang asing, tetapi keadaan dirinya pada masa itu tidak pernah disedari oleh ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya lantaran di depan mereka Hurun seperti gadis yang sentiasa gembira tanpa sebarang masalah. Bergelak ketawa dan bergembira tetapi di sebalik semua itu ada kesakitan dan kesedihan yang cukup dalam yang tidak pernah disedari sesiapa!
Nekad tidak mahu lagi bersedih begitu, Hurun mengambil keputusan meminta penjelasan daripada Khuzaimi. Ketika ditanya, Khuzaimi tetap saja mati2 menafikan bahawa dia mempunyai orang lain. Menurut Khuzaimi gadis itu cuma adik angkatnya sahaja. Saat itu Hurun cukup tahu, adik angkat hanyalah sekadar panggilan untuk menutup segalanya. Lagi menyakitkan bila Khuzaimi terang-terangan mengatakan sayangnya dia pada adiknya itu dan memang merasa bosan pada Hurun. Dan banyak lagi kata-kata yang cukup menghancurkan hatinya. Ternyata khuzaimi banyak menipu dirinya. Terasa diri dipermainkan dan di sia-siakan.
Saat menginjakkan kaki ke universiti, Hurun masih lagi bersedih. Letih, penat, sakit, itu tidak pernah hilang, malah makin kuat. Tambahan pula semakin mau membenci semakin kuat sayangnya pada lelaki tu. Semakin dilupakan semakin kuat ingatannya. ya Allah... saat itu merupakan saat paling sukar baginya. Menjalankan kehidupan yang biasa sebagai pelajar kampus, tetapi di saat yang lain, dia masih seperti dulu, ditemani airmata setiap malamnya.
Allah tidak akan pernah membiarkan hambanya keseorangan. Hurun masih cuba bangkit mencari dirinya yang dulu. Hurun sedar disamping menjadi seorang daieyah dia masih lagi terperangkap dalam karat jahiliyah itu. bagaikan tersentak, Hurun tersedar hatinya masih lagi berpenyakit walaupun dia sudah lama di jalan dakwah. Astaghfirullah... saat itu Hurun mula muhasabah setiap langkahnya. Jika dulu dia dan Khuzaimi merupakan aktivis dakwah, tetapi mengapa masih melanggar perintahnya? bukankah terang-terangan couple itu haram?? MasyaAllah... terasa betapa hina dan bodohnya dirinya kerana menangisi kehilangan seorang kekasih haram buat dirinya malahan terang-terangan menipu dirinya. Betapa tidak bernilainya airmata itu di sisi Allah..
"ampunkanlah hambaMu ini ya Allah...aku khilaf ya Allah... aku lupa pada cinta sebenar yang seharusnya aku cintai dan semai"
Alhamdulillah.... segala puji bagi Allah... Bangkitnya srikandi itu semula dengan semangat yang kental. tiada lagi cinta ar-rijal di hati. Fokusnya kini cuma pada perjuangan islam dan studynya. Maslahat ummah perlu diutamakan. terasa kesal di hati kerana dulu perjuangannya dikotori dengan cinta makhluk ciptaanNya.. terasa hinanya diri... Kini masanya lebih banyak dihabiskan untuk perjuangan... Letih tetapi cukup manis...kerana ianya jalan menggapai redhaNya.. betapa kesedihan itu telah Allah gantikan dengan kemanisan iman yang cukup bermakna, bukanlah retorik perjuangan semata-mata!
**********************************************************************************
Hurun menarik tudung di kepalanya, membetulkan sedikit lipatannya. Sedikit airmatanya menitis. Sedar betapa sayangnya Allah pada dirinya. Walaupun dulu pernah "menduakan" perjuangan itu, tetapi Allah masih memberinya kesempatan untuk membersihkan segala-galanya. ya Allah jauhilah hambaMu ini dari sifat munafik. Di kejauhan Hurun mendoakan yang terbaik buat lelaki itu, moga Allah turut memimpinnya ke jalan yang benar. Kini hati ini tersimpan kemas buat seorang insan yang bergelar suami. Terima kasih ya Allah, terima kasih atas pengalaman yang cukup berharga. Benarlah janjiNya..Dia pasti menggantikan sesuatu itu dengan yang lebih baik. Mungkin dia bukan yang terbaik buat Hurun tetapi terbaik buat insan lain. Kini inilah dirinya.. Hurun Maqsurah, biadadari yang terpelihara buat seorang kekasih halal yang dinanti..sayap kiri perjuangan, menanti dijemput saat tiba masanya, bukan sekarang tapi janji Allah itu pasti!
*********************************************************************************
Tinta hati Asrar : Letih..penat...sakit itu pasti berlalu...Lapangkan dada, tenangkan hati. cuba untuk berpijak di bumi yang nyata. jika kita tidak nampak apa-apa jaminan positif di masa hadapan, maka lepaskan dia pergi. past is past, gone is gone.kita hidup hari ini kerana sejarah semalam. dan untuk hidup esok hari, bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Optimislah.
Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan!Time will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya.
Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai!
Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalau nak cepat baik, letak lah ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini.. Nak sembuhkan luka dihati banyakkanlah mengingatiNya, dekatkan diri kepadaNya..Dia lah cinta teragung yang takkan kau temui rasa kecewa didalamnya tapi kau hanya akan bertemu dengan kebahagiaan dan ketenangan bersamaNya.. indah hidup bersama Ilahi.
Wednesday, March 2, 2011
LAMARANKU KERANA ALLAH
LAMARANKU KERANA ALLAH
Puteriku....
Pertama kali ku memandang dirimu,
Hatiku bergelora dan terpesona,
Lantas di hatiku bertanya,
Siapa dirimu....
Oh indahnya yang ku rasa,
Bila terpandang wajahmu yang ceria,
Terukis manis senyuman mesara,
Tanda dirimu bukan biasa....
Puteriku....
Aku tidak tahu,
Mengapa kau begitu indah pada pandanganku,
Percayalah...
Bukan kerana wajahmu yang ayu,
Bukan kerana harta di sisimu,
Bukan kerana bijak dalam pelajaranmu,
Dan juga bukan nafsu ku turuti.
Puteriku...

Indah dirimu dipandanganku
Kerana akhlakmu yang bermutu
Kerana cintamu pada yang satu
Kerana kasih ibu bapamu
Kerana taat akan agamamu
Tetapi Puteriku...
Aku takut..
Takut memulakan langkah,
Takut diriku tersalah
Takut laknat dari ALLAH,
Takut jatuh diriku terlempar ke lembah,
Kerana alpa kepada ALLAH.
Puteriku...
Pasrahku hanya pada ilahi,
Menanti takdir yang telah dijanji,
Kerana aku sedari,
Diri hanyalah abdi,
Yang terpaut cinta kerana Ilahi,
Bersemadi kasih sayang sejati.
Puteriku...
Sekarang ku yakini.
Penuh yakin dan penuh pasti,
Setelah istiqarahku sepenuh hati,
Memohon petunjuk dari Ilahi,
Ku rasakan dikau,
Kurnia ilahi...
Buat menemani perjuangan ini,
Menemani diri dikala sepi,
Menyubur kasih cinta Ilahi.
Puteriku....
Ku harapkan kau yang terbaik,
Tercipta buat diriku ini,
Sebagai isteri taat Ilahi,
Sebagai Ibu berjiwa Mithali
Buat aku dan zuriatku
Melayari hidup sebagai hamba Ilahi.
Puteriku....
Percayalah....
Lamaranku kepadamu
Hanyalah kerana ALLAH
Dan terimalah
Terimalah aku
Juga kerana ALLAH
Aku mencintaimu kerana Allah
Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam. Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernah kukenali; pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.
“Ana dah jadi isteri! ” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul. “Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.” Doaku perlahan. Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudah bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti. “Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti?” Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati. Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.
“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya. Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.
“Sayang”..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya. Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud ke jari manisku.
“Abang”.. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku. “Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana ke pangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..”Bisikku perlahan. ” Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku. Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.
Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu. Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi. Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu. Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.
**********
“Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana”. Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulakan bicaranya.
“Apa dia ayah, mak? Macam penting je” Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka. “Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.” “Apa!!!”Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri. “Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?” Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.
“Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?” Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian. “Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. “Ujar mak setelah sekian lama membisu. “Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.” Terang ayah lagi.
“Ana..” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa. “Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.”; “Ini cincinnya, pakailah.” Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini. “Ahhhhgggg…”Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.
**********
Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni. “Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku. Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu. Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.” “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.” Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman.
Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. “Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. “Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang.” Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah. “Abang nak ke mana tu?” Soalku. “Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi.” Jawabnya. “Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.”Aku kesian melihatnya, keletihan. “Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. “Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.
“Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja. ” Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.” “Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku. “Sayang tak marahkan?” Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat. Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku. “Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. “Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang.” Jawabnya tersenyum. “Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.” “Betul ni?”Soal suamiku cepat-cepat. “Ish..Gatal la abang ni!” Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku. Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi.
Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri. Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku. “Apa yang Ana menungkan ni?” Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang. “Abang ni, terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. “Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah.” Usiknya sambil mencubit pipiku. “Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!” Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.
“Sayang…” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku. “Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. “Ana ikut aje ke mana abang nak bawa.” “Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya. “Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa. “Nanti sayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda. “Abang nak berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya. “Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?” “Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. “Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.” “Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. “Ni yang buat abang tambah sayang ni.” Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku. Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.
“Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil. “Mari bang! Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam. Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan. “Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.
“Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.” “Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan. Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti? Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.
“Masuklah, pintu tak berkunci.” Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. ” Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?” Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu. “Habis tu apa yang sayang menungkan ni?” Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku. ” Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita.” Pujuk suamiku.
” Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut..” Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.
” Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! ” Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. ” Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit.” Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.
**********
“Ayah, mak! Ana dah buat keputusan.” Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari. Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri. ” Keputusan tentang apa?” Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. ” Pasal peminangan tu.” Ujarku. Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku. ” Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih.” Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya. Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari. Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.
” Syukurlah, moga Ana bahagia nanti.” Ucap ayah padaku. Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku. “Nanti mak kenalkan dia pada Ana.” Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka. ” Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje.” Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat. ” Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya.” Ayah mempersoalkan keputusanku itu. ” Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?” Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.
**********
Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. ” Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan. ” Baik bang. Bang, ni baju abang.” Ujarku sambil bangun untuk ke dapur. Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi. ” Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang. Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik. Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.
“Bang….”Seruku. “Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. “Malam ni abang nak…..nak…..”Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… ” Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum. “Ah..abang ni…”Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku. “Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.
“Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku. ” Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku. Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul. Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.
Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.” Rasulullah bersabda: “Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.” Rasulullah bersabda: “Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.” Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.”
Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.
Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah.
Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. “Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui. “Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot.”Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam. “Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu. “Nakallah abang ni.” Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu. Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku.
Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. “Kenapa ni bang?” Soalku sewaktu bersalaman dengannya. ” Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni..” “Zul sakit ke?” Tanya ayah. “Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot.”Jawabnya. “Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak. “Nanti Ana ambilkan ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air. Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. “Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk. “Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.
“Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.” ” Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.” “Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.” “Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.”Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya. “Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja. Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik. “Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea” “Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan. “Abang tidurlah.” Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga.
Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat. Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku. Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.
**********
” Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak. Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku. Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.

Subscribe to:
Posts (Atom)