Saturday, November 3, 2012

Perit jangau terpaksa ku harunggi demi mendapat kejayaan di dunia & akhirat ...berkatilah kehidupan ku Ya Allah...

Tuesday, August 7, 2012




 BENAR KATA ORANG

Benar kata orang. Apabila cinta terhadap manusia sudah menguasai hati, kita mudah diperangkap oleh tipu daya dan muslihat syaitan untuk menyesatkan manusia. Hati yang dahulunya mengatakan "cinta kerana Allah SWT" perlahan-lahan diulit tipu daya dan muslihat syaitan.
Cinta sebelum kahwin sememangnya mampu mengundang kepada lembah penzinaan. Hati mula lalai terhadap suruhan dan perintah Allah. Perlahan-lahan hati ini ditipu oleh syaitan. Niat pada awalnya ingin membimbing seorang wanita perlahan-lahan hanyut ke lembah penzinaan.
Puas ibu menasihati agar menjaga tingkah laku dan perbuatan apabila keluar bersama teman wanita yang aku merasakan kononnya bakal menjadi menantu kepada ibu. Solat yang pada dahulunya dilakukan pada awal waktu mula berubah kepada penghujung waktu kerana leka dengan berbalas pesanan mesej ringkas. Majlis-majlis agama yang dahulunya dihadiri mula ditinggalkan kerana ingin ber-chatting dengan teman wanita di laman sosial.
Tiada lain yang difikirkan melainkan hanya teman wanita sehinggalah pada suatu tahap hati ini mula sesak dengan desakan nafsu dan dosa. Percintaan yang pada dahulunya indah mula berubah menjadi hambar. Pergaduhan kerap berlaku yang akhirnya membawa kepada perasaan cemburu yang meluap-luap.
Syaitan benar-benar telah berjaya mengambil alih hati ini untuk dikuasai. Tiada lagi ayat-ayat Al-Quran yang dahulu kerap diamalkan. Hidup menjadi tidak tenang. Terasa seperti ada dua aliran di dalam hati. Hati ini semakin sesak dan lemas dengan dosa-dosa yang dilakukan.
 
Aku tekad untuk memutuskan hunungan yang sudah terjalin selama dua tahun ini kerana Allah Taala. Aku tidak mampu lagi hidup dengan penuh dosa dan noda. Jauh di sudut hati, ini bukanlah cinta yang diredhai Allah. Jauh sudah aku tinggalkan seorang wanita yang pernah hadir dalam diri aku. Aku membawa diri jauh daripada "lembah kemasyhuran" yang pernah aku tempuhi suatu masa dahulu.
Biarlah aku bersendiri daripada hidup penuh dengan noda dan dosa. Tidak susah bagi aku untuk kembali kepada yang Maha Esa. Kini aku melihat kawan-kawan lain "berbahagia" bersama pasangan luar nikah masing-masing tetapi aku merasakan lebih bahagia bersama-sama dengan Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Benar kata orang. Allah knows what's best for us! Ada sebab mengapa Allah menyuruh kita menjauhi zina. Allah SWT berfirman:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
(Surah al-Israa', ayat 32)

Saturday, February 11, 2012

Takaful EtiQa Mengubah Hidup Anda Sekeluarga

kitaran anda :
bekerja -dapat gaji -belanja -simpan ..
jika berlaku perkara tidak disangka2 mampu anda semua menangung kos rawatan di hospital hingga berpuluh2 ribu di hospital ...apa yang anda rancang untuk family anda untuk masa hadapan ..di takaful etiqa kami cuba membantu anda ..kami hanya membantu anda sendiri yang menentukan..

untuk keterangan lanjut :0134329315 (En.Zubaidi)

Plan Takaful EtiQa

Assalamualaikum..kepada yang berminat untuk mengetahui dan menjadi  peserta dalam etiqa takaful ...di sini kita akan ada plan perlindungan dan simpanan untuk masa depan tuan/puan ...malah untuk anak yang anda cintai..

utuk keterangan lanjut sila hubungi : 0134329315 (En.Zubaid )

Sunday, December 25, 2011

etika takaful

MENYINGKAP RAHSIA KEJAYAAN

Sebagai Perunding Takaful (Sepenuh Masa/Sambilan)


Kelayakan

  • Bermotivasi Dan Berwawasan

  • SPM/STPM/Diploma/Ijazah

  • Terbuka Kepada Lepasan IPT / Kakitangan Kerajaan / Swasta / VSS / Suri Rumah (Terbuka Kepada Semua Kaum)

  • Agen Insurans / Unit Trust / MLM digalakkan Memohon

Faedah

  • Pendapatan Berterusan Selama 6 tahun

  • Kenaikan Gaji Setiap Bulan Tanpa Had

  • Ada 2 Bonus Tahunan

  • Peluang Kenaikan Pangkat Tanpa Perlu Ada Kekosongan

  • Umrah / Melancong Ke Luar Negara Secara Percuma

  • Agent Provident Fund (Seperti EPF)

  • Perlindungan Takaful Percuma

  • Biasiswa Ke UUM sehingga 75% (IJAZAH)

  • Bimbingan Dan Latihan Berterusan

  • Perniagaan Boleh Diwarisi


Sertai kami sebagai Usahawan Etika Takaful


AKU MESTI SENTIASA LEBIH BAIK DEMI AGAMA UNTUK DIRI , FAMILI DAN UMMAH”.

KETERANGAN LANJUT :

EN.ZUBAIDI

0134329315

Wednesday, November 16, 2011

http://www.atlanticjus2u.com/Jihad
sahabat sekalian..Dapatkan FREE RM100.00, Tanpa sebarang modal !!! 


Dlm dunia ni, sebenarnya tidak ada yang benar-benar free. Beli sabun, dapat percuma pinggan pun sebenarnya kos pinggan tu sudah termasuk dalam harga sabun. Cuma ini adalah cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan RM100.00 (hampir-hampir free kerana kerjanya sangat-sangat mudah). Santai-santai. Tanpa anda perlu keluarkan modal walau 1 sen pun. ..nk tahu cam mane klik di http://www.atlanticjus2u.com/Jihad

Tuesday, November 15, 2011

Kita Bercinta di Syurga Ya



Berkali-kali dia menekan butang 'play' di radio hadapan. Mahu mendengar lagu daripada kumpulan kegemarannya, FarEast. Suasana di luar amat gelap. Sesekali kelihatan pancaran kilat beserta guruh. Sama-sama memeriahkan suasana malam di lebuhraya. Hujan sejak awal perjalanan tadi masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti mengalah. Hanya beberapa minit sebentar tadi hujan turun renyai-renyai.
Pemanduannya ditumpukan sepenuhnya di jalan yang sedang dilalui. Tahap keselamatan diletakkan pada tahap tertinggi di saat-saat begitu. Manakan tidak. Kiri kanan jalan, dipenuhi dengan kenderaan berat. Masing-masing memecut laju untuk ke destinasi yang dituju. Khuatir jika matanya berasa letih, sejak awal lagi dia sudah minum secawan kopi panas di hentian rehat setengah jam yang lalu. CD yang dimasukkan tadi, mungkin dapat membantu pemfokusannya berada pada tahap yang meyakinkan.
"Abang nak dengar lagu ape?"
Satu suara tiba-tiba memecah kesunyian perut kereta yang sedang meluncur laju.
"Sayang cuba tekan nombor 3.. dah lama abang tak dengar.. sedap lagu tu.."Balas Amin kepada isteri tercinta, Izyani. Dengan nada yang lembut, tetapi masih jelas didengari.
"Tajuk pe lagu tu?"
"Err.. Ade la.. Hehe.."
"Hek eh.. Nak rahsia-rahsia plak.."
"Suprise-surprise.. Lagu ni abang tujukan khas buat bidadari tercinta abang ni.." Ujar Amin bersahaja. Tangannya membelai manja pipi Izyani. Terasa kebahagiaan di situ.
"Romantiknye abang ni.."
"Mesti la.. untuk bidadari abang sorang ni je.."
Seketika kemudian, kedengaran lagu dimainkan. Izyani senyum, seraya memandang wajah suami di kerusi pemandu. Mendalam sekali setiap bait-bait lirik yang dilagukan.
Mekar di taman hati..
Cinta pertama..
Engkau ciptaan seni idaman kasih..
Antara bibir tersiratnya pekerti..
Kelembutan yang mendamaikan jiwa..
"Oo.. lagu ni rupenye.." Izyani sempat menyimpul satu senyuman manja buat sang suami di sebelah.
"Sayang suka lagu ni?"Soal Amin.
"Yup.. suka sangat-sangat.. dulu-dulu kat asrama, memang selalu sangat dengar lagu ni.. Masa remaja kan.. Dulu ada kawan-kawan yang sampai tunggu-tunggu kat radio untuk dengar lagu ni.."
Sayang tak tunggu kat radio?
"Hehe.. ada la gak nak wat camtu.. tapi tak sempat.."
"'First time' abang dengar lagu ni, abang akan fikir sorang-sorang.. sapa la calon isteri abang nanti.. sebab cinta yang Allah anugerah kat abang, abang nak kongsi dengan isteri abang ja.. dan abang selalu berdoa, untuk Allah anugerahkan kat abang, seorang yang solehah untuk sama-sama berkongsi cinta daripada Allah ni.. dan sekarang ni, Allah dah makbulkan doa abang.." Bicara Amin panjang lebar.
Izyani di sebelah menarik nafas panjang. Lalu dihembuskan perlahan. Ada rasa terharu di hatinya. Syukur atas anugerah yang diberikan Allah. Mendapat suami yang soleh. Sentiasa meletakkan cinta atas dasar Iman dan taqwa. Sentiasa mengingatkan bahawa tidak ada satu pun milik kita di dunia.
Semua itu, hanya pinjaman sementara. Yang boleh ditarik balik, pada bila-bila masa. Bersedia atau tidak, bukan itu menjadi persoalan. Tepuk dada, tanya persediaan. Termasuklah dalam soal cinta. Cinta atas dasar kerana-Nya, akan sentiasa merasa bahagia. 
"Tak percaya? Cubalah!" Kata-kata Ustazah Fatimah sejak di zaman matrikulasi dulu, sentiasa terngiang-ngiang di telinga. Dari situ, dia membulatkan tekad. Untuk bercinta hanya kepada suami. Disandarkan cinta itu hanya pada Illahi.
"Sayang pulak camna?"
Amin mengejutkan lamunan Izyani dengan soalan tadi. Perasaan tadi membuatkan dia berasa seperti berkhayal. Khayal dalam keasyikan bercinta bersama suami.
"Sayang akan tanya diri bila dengar lagu tu.. layak ke diri ni untuk terima 'cinta pertama'? Memang rasa tak layak sangat-sangat.. siapa la yang nak 'share' 'cinta pertama' dengan sayang.."
"Alolo.. Wat ayat sedey plak.."Amin memintas kata Izyani.
"Huhu.. yala.. mesti la sedey.. bukan la sedey, tapi camtu la kan.. sapa la kita ni.."
"Sekarang ni sedey lagi la?"Soal Amin ringkas.
"Tak dah!"Balas Izyani.
"Sebab?"
"Sebab tak sedey laa..." ^_^
"Oo.. kenakan abang ye.."
"Tak la.. tapi betul la.. sekarang tak sedey dah.. sebab Allah dah pinjamkan kat sayang seorang suami yang baik, soleh untuk sama-sama kongsi rasa seronok, sedih.."
Amin membelai lembut pipi Izyani. Dirapatkan sedikit tubuh isterinya, lalu dikucup dahi isteri tercinta.
"Semoga kita dapat bercinta lagi di Syurga nanti..Doanya di telinga Izyani..
"Ameen.."Balas Izyani.
Kelihatan kilauan cahaya cerah dari arah belakang kereta. Seperti memberi isyarat kecemasan. Amin memandang ke arah belakang melalui cermin sisi kereta.
"Lajunye kereta tu.."Getusnya di hati.
"Ya Allah!!"
Ayat itu tiba-tiba terpacul daripada mulutnya. Baru kini dia sedar. Mereka sedang berada pada lorong memotong.
Dammmmm!!
Satu hentaman kuat dari arah belakang. Keretanya gagal dikawal. Berputar-putar di tengah lautan kenderaan yang lain. Dapat dirasakan putaran itu amat kuat sekali. Akhirnya melanggar tembok pembahagi jalan.
----
Dalam kebahagian, dijemput bertemu Yang Maha Esa?
Mustahil?
Semoga kita dapat bercinta di Syurga nanti..