Thursday, June 30, 2011

Rata-rata orang menganggap cinta itu perlu wujud antara lelaki dan perempuan sebelum mendirikan rumahtangga agar dapat hidup bahagia bila dah berkahwin. Namun Islam menafikan perkara ini. Dalam Islam, hanya perkahwinan yang mampu menghadirkan cinta kerana cinta itu anugerah Illahi pada hambaNya yang menjaga hak2Nya..yang selain dari itu hanyalah tipu daya nafsu godaan syaitan.

Pernah seorang sahabat bertanya, “Macam mana nak jalinkan hubungan dengan seseorang kalau cinta tak wujud dalam hati?”

Jawapannya,”Mudah..melalui cinta Illahi”

“Tapi bagaimana?” sahabat bertanya balik inginkan penjelasan.

“Apabila kita suka seseorang itu demi cinta Illahi, maka cinta Illahi yang akan kita buru..bukan si dia. Apabila rasa rindu pada si dia, kita berdoa pada Allah minta Allah gantikn rindu itu kepada rindu Illahi. Hati kita tak akan resah walau tak berjumpa, tak keluar bersama, malah tak bermesej pun kerana kita telah memburu cinta Illahi yang kita harapkan akan menyatukan dua jiwa ini. Makin hari makin kita cuba untuk dekatkan diri pada Allah, perbaiki akhlak diri kerana kita ingin menjadi pasangan yang terbaik buatnya kelak. Dalam kesibukan kita mendamba cinta Illahi, perasaan kita terhadapnya akan disimpan jauh dalam sudut hati kerana Cinta Allah membaluti perasaan itu.”

“Boleh ke bertahan hubungan tu kalau tak berjumpa?”
“Boleh,insyaAllah. Kerana apabila kita bermujahadah menahan nafsu daripada keluar berdating, selalu kesana sini bersama, Allah akan menjaga kedua-dua hati ini agar perasaan sayang itu kekal sehingga ke gerbang perkahwinan yang akan membuahkan cinta. Inilah yang dikatakan apabila Allah yang menjaga sesuatu hubungan itu, maka segalanya kita sandarkan pada Allah. Walau tidak berjumpa, hati kita tenang & tidak risau akan perasaan si dia terhadap kita kerana kita yakin dengan janji Allah yang menjanjikan rahmat ke atas hambaNya yang menjaga hak2Nya. Kerana cinta kita pada Allah, demi menggapai redhaNya, kita menahan diri daripada keluar bersama-sama dengan si dia dan kerana itu, Allah balas dengan sebaik-baik balasan iaitu kemanisan cinta selepas berkahwin. Inilah cinta yang sebenarnya, tulus lagi suci & diredhai Illahi.”

“Janganlah terpesona dengan cinta nafsu kerana kelak kita akan kehilangan nikmat cinta yang hadir dalam perkahwinan. Ingatlah redha Allah yang kita dambakan untuk mengiringi sebuah perkahwinan bukan kemurkaanNya”

Wednesday, June 22, 2011

Alahai~ Tips khas untuk sesiapa yang nak cari jodoh

Aku selalu fikirkan pasal masa depan aku, contohnya soal kerja aku, amalanaku dan tak terlepas soal jodoh aku. Mungkin ada yang berpendapat bahawa di usia macam aku ni agak awal untuk bicara soal jodoh. Sebenarnya bagi aku, tak kisah la umur berapa pon, penting untuk kita rancang masa depankita sendiri. Selepas itu barulah boleh berserah kepada yang Esa.


Okeh, disini aku nak kongsi sikit dengan korang yang baca blog ni pasaltanda-tanda jodoh dalam Islam

Tanda seseorang itu boleh dijadikan jodoh kita adalah “3M”.  Apa itu "3M"? 
-Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh MemahamiMemaafkandan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik, InsyaAllah itulah jodoh kita. Baiklah, huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut: 

Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi or dipengaruhi sifat pasangan masing-masing.

Memaafkan - Sifat memaafkan ni amat penting, kalau takde sifat ni, nescaya hubungan kekeluargaan tak kekal lama (Ini mesti di elakkan). Lelaki memang lebih egonya, YES, nyaku je la. Namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga.
Memotivasikan - Pasangan mesti lah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin akan menyebabkan keretakan rumahtangga, so sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan korang.
_____________________________________________________
Ramai budak-budak sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Okeh! Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis(di cilok dari filem syurga cinta^^) iaitu:
1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.


3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Setakat ni ok? orait, sekarang kita pergi pulak kepada bahagian DOA, jadikan lah doa-doa ni sebagai amalan harian, lepas solat ke. InsyaAllah. Allah akan permudahkan jodoh kita nanti.



Ok lah.,sekian saja perkongsian aku. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk tu dari kelemahan aku sendiri. Selamat ber'amal'~

p/s: kompang dipaluuuu~ pengantin maluu~

Saturday, June 11, 2011

Adik Abg yAng COme

Saat Bila Jatuh Cinta

Duhai gadis, maukah ku beritahukan padamu bagaimana mencintai dengan indah?
Inginkah ku bisikkan bagaimana mencintai dengan syahdu..
Maka dengarlah..
Gadis, saat ku jatuh cinta,
Tak akan ku berucap..
Tak akan ku berkata..
Namun ku hanya diam..
Saat ku mencintai, takkan pernah ku menyatakan..
Tak akan ku menggoreskan..
Yang ku lakukan hanyalah diam..
Aku tahu..
Cinta adalah fitrah, sebuah anugerah tak terperih..
Kerana cinta adalah kehidupan..
Kerana cinta adalah cahaya..
Aku tahu..
Hidup tanpa cinta, bagaikan hidup dalam gelap gelita..
Namun..
Saat rasa itu menyapa, maka hadapi dgn tenang..
Kerana rasa itu ibarat belenggu pelangi, dgn begitu banyak warna..
Cinta terkadang membuatmu bahagia, namun tak jarang mbuat mu menderita..
Cinta ada kalanya manis bagaikan gula..
Namun juga mampu memberi pahit yang sangat getir..
Cinta adalah perangkap rasa..
Sekali kau salah berlaku..
Maka kau akan terkungkung dalam waktu yang lama dalam lingkaran derita..
Maka gadis,
Agar kau dapat keluar dari belenggu itu..
Dan melaluinya dengan tenang..
Maka mencintailah dalam hening..
Dalam diam..
Tak perlu kau lari, tak perlu kau hindari..
Namun juga, jangan kau berlebihan dalam mencintai..
Jangan kau umbar rasamu..
Jangan kau serahkan segala sukamu..
Cubalah merenung sejenak dan fikirkan dgn tenang..
Kita percaya takdir, bukan?
Kita tahu dengan sangat jelas..
Dia, Allah telah mengatur segalanya dengan begitu rapinya?
Jadi, apa yang kau risaukan?
Biarkan Allah yang mengaturnya..
Dan yakinlah di tangan-Nya semua yang baik-baik saja..
Cubalah renungkan..
Dia yang kau cintai, belum tentu atau mungkin tak akan pernah menjadi milikmu..
Dia yang kau puja, yang kau ingat saat siang dan kau tangisi ketika malam..
Akankah dia yang telah Allah takdirkan denganmu?
Gadis,
Kita tak tahu dan tak akan pernah tahu..
Hingga saatnya tiba..

Maka..
Ku ingatkan padamu, tidakkah malu jika smua rasa telah kau umbar..
Namun ternyata kelak bukan kau yang dia pilih untuk mendampingi hidupnya?
Gadis,
Kerana cinta kita begitu agung untuk di umbar..
Begitu mulia untuk ditumpahkan..
Dan sedarilah gadis..
Fitrah kita wanita pemalu..
Dan kau indah kerana sifat malumu..
Lalu,
Masihkah kau tampak menawan jika rasa malu itu telah dinafikan?
Masihkah kau tampak bestari jika malu itu telah kau singkap..
Duhai gadis..
Jadikan malu sebagai selendangmu..
Maka tawan hatimu sendiri dalam sangkar keimanan..
Dalam jeruji kesetiaan..
Yah.. Kesetiaan padanya yang telah Allah tuliskan namamu dan namanya di Luh al-Mahfuz..
Jauh sebelum bumi dan langit dicipta..
Maka cintailah dalam hening..
Agar jika memang bukan dia yang ditakdirkan untukkmu..
Maka cukupalah Allah dan kau yang tahu segala rasamu..
Agar kesucianmu tetap terjaga..
Agar keanggunanmu tetap terbias..
Maka ku beritahukan padamu..
Pegang kendali hatimu, jangan kau lepaskan..
Acuhkan semua godaan yg menghampirimu..
Cinta bukan untuk kau hancurkan, bukan untuk kau musnahkan..
Namun cinta hanya butuh kau kendalikan, hanya cukup kau arahkan..
Gadis..

Yang kau butuhkan hanya waktu, sabar dan percaya..
Maka peganglah kendali hatimu..
Lalu, arahkan pada-Nya..
Dan cintailah dlm diam..
Dalam hening..
Itu jauh lebih baik..
Jauh lebih suci..




Thursday, June 9, 2011


Buat Dia Yang Di Takdirkan Untuk Hidupku...

Hanya Allah saja yang tahu, betapa aku terlalu menunggu saat-saat itu. Mungkin sekian masa yang berbaki ini, untuk aku memiliki mu membuat aku mengisi ruang kekosongan yang ada dalam diri ini sebagai sebagai pengisian hidup bila kita bersama.



Wahai kamu yang melengkapkan hidupku,
Kalaulah aku yang ditakdirkan untuk kamu, dalam menjadi lilin yang membakar diri, menerangi hari-harimu bersama aku, meniti hari-hari penuh bahagia untuk bersama mu, mampu aku bersabar dan tabah menunggu walau berapa lama sekalipun. Aku tak pernah bosan, malah jauh sekali merasa pilu, melihat rakan yang lain melangkah dahulu. Kerana aku tahu, sampai masa.. tiba jua saat kita nanti.

Wahai kamu yang menjadi peneman tidurku,
Belum aku tahu bagaimana rupa dan wajah perilakumu di mata aku. Sungguh pun kau di mana juga sekarang ini, akan aku terima diri mu dengan segala kekurangan yang ada pada aku ini, sebagai pelengkap kelebihan yang ada pada mu, kerana aku tahu segala yang ada padamu, terlalu agung kurniaan dari-Nya buat aku sebagai hamba, sebagai suami dan pemimpin anak-anak kita. Jadikan tidur malam kita bagai seribu tahun yang indah, yang akan kita nikmati setiap saat yang berlalu hadiah dari pengharapan kita selama ini yang kita nanti-nanti.

Wahai kamu penunggu setia di muka pintu,
Iringikan doa mu buat aku di luar sana, Dengan apa yang aku cari ketika ini telah aku niat kan atas hati tulus ku pada-Nya, semata-mata menyempurnakan segala apa yang di pertanggungjawabkan ke atas ku, sebagai khalifah, seorang anak atas nama kedua ibubapaku. Mungkin hanya ada bahagian buat kita nanti untuk aku datang merisikmu menjadi zaujah ku nanti.


Sesungguhnya masa yang lalu buat aku terus jadi begini. Menanti sesuatu buat aku, mungkin terlalu perit pada mata yang memandang. Tapi aku tahu, sampai masa, terpimpin juga tangan kita berdua nanti. Mungkin masa ini buat aku terus mencari di mana bekalan yang tercicir dan masih bersisa buat aku menjadi lebih sempurna dari sebelum nya.  Dan titipkan lah doa senyum mu dalam mimpi-mimpi ku supaya menjadi kekuatan untuk aku lebih gagah lagi dalam mengharungi hari yang berbaki lagi.



aku akan tunguu saat tu tiba.....sayang kamu..

Harapan kami.....suatu hari ntiee.. (Cinta Ibu dan Ayah kerana Allah S.W.T...)

malam tdie aku wat report sambil la msj n dy..dy banyak kali sangat kata syg sangt aku ..tpie dalm atie tkut la .tkut ape yg die kta tu xsame n ape yg die asa..tpie ape2 pun aku harus percyakan dy..aku thu dy sygkan aku n ikhlas ..syg jgk kamu...tdie aku da tnya dy nk xhidup n aku selamanya..taw ape kata dy..inyallah klu da jodoh kte n dy...syg kte sngup dengan dy..syg dy sgt2...bertapa bahagianya aku ..insyallahhkan..kami dah rancang klu da jodoh aku n dy nk kawin ..kami nk jdi abi dan umi yang baik pada anak2...bila da anak ntie kami nk jga n baik beri semua kasih sayang kami pada kau wahai anaku...bila tnya dy nk anak bape owg tdie..hehhee.dy kta aku gtal pulak ..biar la kawin dulu kta dy..xpew la sabar la duluuu..ntieee..ikut ayah taww..jgn ikut mak ..nti mak tu dy suka cubit ..ayah pun dy nk cubit2 bila dh kawin ntii..truk laa ayah kena belasah n mak kau nie....tpiee ape pun anak2 smua jga mak taw klu ayah dah xda ntie.sygkan mak krna dy yg melahirkan kamu semuaa..harap kamu semua nti bila ayah & mak dah xda ntiee ..ziarahlah kubur kami ..doakan la kesejahteraan kami ..kerana saat tu perlukan doa anak yang soleh ....jdilah insan baik jdikan Al-Quran & Sunnah sebagai pegangan ikut kamu semua...tu jew ayah.....jadi hamba yang soleh n solehah..

Thursday, June 2, 2011

10 petanda menunjukkan dia adalah jodoh kita

Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

--------------------------------------------------------------------


Wednesday, June 1, 2011

Buang berpikiran negatif ...Ayuh maju semua..

Berpikiran negatif tidak membawa kemana-mana, kecuali membuat perasaan tambah buruk, yang lalu akan berakibat performa kita mengecewakan. Hal ini bisa menjadi lingkaran yang tidak berujung.
Jessica Padykula menyarankan sembilan teknik untuk mencegah dan mengatasi pikiran negatif yang adalah sebagai berikut:

1. Hidup di saat ini.
Memikirkan masa lalu atau masa depan adalah hal yang sering membuat kita cemas. Jarang sekali kita panik karena kejadian masa sekarang. Jika Anda menemukan pikiran anda terkukung dalam apa yang telah terjadi atau apa yang belum terjadi, ingatlah bahwa hanya masa kini yang dapat kita kontrol.

2. Katakan hal positif pada diri sendiri
Katakan pada diri Anda bahwa Anda kuat, Anda mampu. Ucapkan hal tersebut terus-menerus, kapanpun. Terutama, mulailah hari dengan mengatakan hal positif tentang diri sendiri dan hari itu, tidak peduli jika hari itu Anda harus mengambil keputusan sulit ataupun Anda tidak mempercayai apa yang telah Anda katakan pada diri sendiri.

3. Percaya pada kekuatan pikiran positif
Jika Anda berpikir positif, hal-hal positif akan datang dan kesulitan-kesulitan akan terasa lebih ringan. Sebaliknya, jika Anda berpikiran negatif, hal-hal negatif akan menimpa Anda. Hal ini adalah hukum universal, seperti layaknya hukum gravitasi atau pertukaran energi. Tidak akan mudah untuk mengubah pola pikir Anda, namun usahanya sebanding dengan hasil yang bisa Anda petik.

4. Jangan berdiam diri.
Telusuri apa yang membuat Anda berpikiran negatif, perbaiki, dan kembali maju. Jika hal tersebut tidak bisa diperbaiki lagi, berhenti mengeluh dan menyesal karena hal itu hanya akan menghabiskan waktu dan energi Anda, juga membuat Anda merasa tambah buruk. Terimalah apa yang telah terjadi, petik hikmah/pelajaran dari hal tersebut, dan kembali maju.


5. Fokus pada hal-hal positif.
Ketika kita sedang sedang berpikiran negatif, seringkali kita lupa akan apa yang kita miliki dan lebih berfokus pada apa yang tidak kita miliki. Buatlah sebuah jurnal rasa syukur. Tidak masalah waktunya, tiap hari tulislah lima enam hal positif yang terjadi pada hari tersebut. Hal positif itu bisa berupa hal-hal besar ataupun sekadar hal-hal kecil seperti ‘hari ini cerah’ atau ‘makan sore hari ini menakjubkan’. Selama Anda tetap konsisten melakukan kegiatan ini, hal ini mampu mengubah pemikiran negatif Anda menjadi suatu pemikiran positif. Dan ketika Anda mulai merasa berpikiran negatif, baca kembali jurnal tersebut.

6. Bergeraklah
Berolahraga melepaskan endorphin yang mampu membuat perasaaan Anda menjadi lebih baik. Apakah itu sekadar berjalan mengelelingi blok ataupun berlari sepuluh kilometer, aktifitas fisik akan membuat diri kita merasa lebih baik. Ketika Anda merasa down, aktifitas olahraga lima belas menit dapat membuat Anda merasa lebih baik.

7. Hadapi rasa takutmu
Perasaan negatif muncul dari rasa takut, makin takut Anda akan hidup, makin banyak pikiran negatif dalam diri Anda. Jika Anda takut akan sesuatu, lakukan sesuatu itu. Rasa takut adalah bagian dari hidup namun kita memiliki pilihan untuk tidak membiarkan rasa takut menghentikan kita.

8. Coba hal-hal baru
Mencoba hal-hal baru juga dapat meningkatkan rasa percaya diri. Dengan mengatakan ya pada kehidupan Anda membuka lebih banyak kesempatan untuk bertumbuh. Jauhi pikiran ‘ya, tapi…’. Pengalaman baru, kecil atau besar, membuat hidup terasa lebih menyenangkan dan berguna.

9. Ubah cara pandang
Ketika sesuatu tidak berjalan dengan baik, cari cara untuk melihat hal tersebut dari sudut pandang yang lebih positif. Dalam setiap tantangan terdapat keuntungan, dalam setiap keuntungan terdapat tantangan. 





semoga ini bermafaat kepada kita semua ..amin..truskan maju kwan2 kepada diri saya juga...